Automate your Marketing
with Womplify




 
em's FotoPage

By: em tempe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Jun-2009 12:04 Email | Share | | Bookmark

 
Fakta mengenai percintaan
Friday, 11 August 2006
* Storge (Kawan Karib)

Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketenangan dan cinta yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu timbul dan berkembang secara perlahan-lahan daripada perhubungan karib yang lama. Selalunya, pasangan Storge mempunyai minat dan keinginan yang sama.

Mereka gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan. Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan.
* Agape (Pengorbanan)

Bermaksud altruistik. Individu ini mengambil berat mengenai pasangan mereka. Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu. Akan tetapi mereka yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya dan sekiranya mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan.

* Mania (Kepunyaan)

Sangat hebat dan obses. Kebanyakan individu yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka.

Mereka juga suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu mereka sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.

* Pragma (Logikal)

Bermakna praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta. Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan.

Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan.

* Ludus (Permainan)

Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri. Individu yang memiliki cinta itu menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai.


Sunday, 28-Jun-2009 12:02 Email | Share | | Bookmark

Kewajipan mandi junub / hadas besar

Perkataan ‘junub’ ataupun ‘janabah’ menurut bahasa bererti jauh. Dalam surah al-Qasas: 11 terdapat firman Allah yang bermaksud: Maka kelihatan Musa oleh saudara perempuannya dari jauh.
Menurut istilah syarak, ia bererti orang yang tidak suci, kerana sesuatu sebab seperti keluar air mani, bersetubuh dan sebagainya seperti yang akan dijelaskan. Istilah ‘junub’ ini digunakan merujuk kepada kaum lelaki dan perempuan, sama ada ketika jamak atau tunggal. Orang yang berada dalam keadaan junub ditegah daripada mendirikan sembahyang, membaca al-Quran, tawaf dan lain-lain larangan yang akan dijelaskan, yang telah ditetapkan oleh Allah. Untuk membolehkan seseorang yang dalam keadaan junub itu melakukan amalan ibadah yang ditegah, seseorang itu hendaklah mandi, yang diistilahkan sebagai ‘mandi junub’.

Berikut ini dijelaskan dengan ringkas sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi junub:
i. Keluar air mani, iaitu sama ada ia berlaku kepada lelaki atau perempuan, biar dengan sebab apa pun, kerana mimpi, bersenda gurau, memandang sesuatu dengan ghairah ataupun setakat berkhayal atau memikir sesuatu yang merangsang keluar air mani.

Dalam sebuah hadis daripada Ummu Salamah, dia berkata: Ummu Sulaim pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu menerangkan yang hak. Adakah perempuan wajib mandi apabila bermimpi? Jawab Rasulullah: Ya, apabila dia melihat air mani.

Menurut hadis riwayat Abu Daud dan lainnya, daripada Saidatina Aishah, dia berakta: Rasulullah telah ditanya tentang lelaki yang merasakan basah tetapi tidak ingat yang ia bermimpi. Rasulullah berkata, dia wajib mandi. Mengenai lelaki yang berasa dirinya bermimpi, tetapi tidak berasa sesuatu yang basah, maka baginda menyatakan, dia tidak wajib mandi. Lalu Ummu Sulaim berkata: Perempuan juga bermimpi seperti itu. Adakah dia juga wajib mandi? Baginda menjawab: Ya, kaum wanita itu adalah belahan lelaki.

Mujahid telah berkata, menyatakan ketika dia dan sahabat-sahabatnya iaitu Ibnu Abbas Thawus, Said bin Jubair dan Ikrimah duduk di masjid, dan ketika itu Ibn Abbas sedang mendirikan sembahyang, tiba-tiba datang seorang lelaki bertanyakan, kalau ada di antara mereka yang ada di situ boleh memberi fatwa. Salah seorang daripada sahabat itu bertanyakan lelaki berkenaan kalau dia mahu bertanyakan sesuatu.

Lelaki itu berkata, “Setiap kali saya membuang air kecil, ia selalu diiringi oleh air yang terpancut.”

Salah seorang daripada sahabat bertanya sama ada air itu yang menjadi asal kejadian anak. Lelaki itu menyatakan, ya. Lalu mereka menjawab, mengatakan kalau begitu dia wajib mandi. Lelaki berkenaan beredar pergi dalam keadaan tidak puas hati.

Setelah Ibn Abbas menyempurnakan sembahyangnya, dia meminta Ikrimah supaya memanggil lelaki tadi datang. Apabila lelaki itu datang menemuinya, Ibn Abbas bertanyakan kepada sahabat sama ada fatwa yang diberikan itu berlandaskan kitabullah, daripada Rasulullah atau daripada sahabat. Mereka menyatakan tidak! Fatwa tersebut hanya lahir daripada fikiran mereka sendiri.

Setelah lelaki tadi tiba berhampiran Ibn Abbas, beliau bertanya sama ada dia berasa air itu keluar disertai oleh rasa syahwat. Lelaki itu menyatakan dia tidak bersyahwat ketika itu. Dia juga tidak berasa letih setelah air itu keluar. Ibn Abbas menyatakan bahawa hal demikian berlaku kerana cuaca dingin yang mempengaruhi. Kerana itu dia tidak wajib mandi junub, memadai dengan berwuduk sahaja.

Berdasarkan hadis di atas, dijelaskan juga bahawa orang yang bermimpi, tetapi tidak bertemu dengan air mani, maka dia tidak wajib mandi. Ibn Munir berkata, menurut ingatannya hukum ini telah disepakati oleh ahli-ahli ilmu.

Selain daripada itu, apabila seseorang itu bangun tidur, lalu dia mendapati basah pada pakaian atau selimut misalnya, tetapi dia tidak ingat sama ada dia bermimpi, maka dia wajib mandi sekiranya dia yakin bahawa itu adalah air mani. Ini kerana pada zahirnya air itu keluar asalnya disebabkan mimpi yang dia tidak ingat. Andainya dia tidak pasti adakah itu air mani atau bukan, dia tetap wajib mandi junub demi untuk berjaga diri.

Menurut Mujahid dan Qatadah, orang yang dalam keadaan demikian tidak wajib mandi, kecuali dia benar-benar yakin bahawa apa yang ditemui itu adalah air yang terpancar (mani). Keyakinan asal yang ada pada dirinya ialah dia dalam keadaan suci. Hal demikian tidak boleh hapus semata-mata kerana kebimbangan atau keraguan.

Orang yang merasakan air maninya hendak keluar ketika dia dalam keadaan bersyahwat, lalu ia menahan kemaluannya, menyebabkan air mani tidak keluar, dia wajib mandi kerana hadis yang lepas menyatakan bahawa kewajipan mandi itu dikaitkan dengan melihat air mani. Tanpa melihatnya, hukum wajib mandi itu tidak berlaku. Tetapi sekiranya air itu keluar ketika dia berjalan misalnya, dia wajib mandi.

Orang yang melihat air mani pada kainnya tetapi tidak tahu bila air itu keluar, dan secara kebetulan telah melakukan sembahyang, dia wajib mengulangi sembahyang, bermula daripada waktu tidurnya yang terakhir, kecuali kalau ada tanda-tanda membuktikan bahawa air mani itu keluar sebelum itu. Ketika itu dia perlu mengulangi sembahyang yang terdekat sekali dengan tidur di mana air mani itu keluar.

ii. Melakukan hubungan jenis.
Iaitu memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam alat kelamin perempuan, biarpun tidak keluar air mani.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah daripada Nabi beliau bersabda yang bermaksud: Apabila lelaki telah duduk di antara bahagian-bahagian tubuh wanita yang empat, kemudian meletihkannya, maka bererti dia telah wajib mandi. Menurut satu riwayat lain menurut Muslim, sekalipun dia dia tidak mengeluarkan mani.

Dalam sebuah hadis daripada Said bin Musayyab, dinyatakan bahawa Abu Musa al-Asyhari berkata kepada Aishah: Saya ingin menanyakan sesuatu, tetapi saya rasa malu kepada anda. Jawab Aishah: Tanyalah dan jangan malu-malu kerana saya ini adalah ibumu. Maka ditanyakan tentang lelaki yang melakukan hubungan jenis tetapi tidak sampai keluar mani. Lalu Saidatina Aishah menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud:

Apabila alat kelamin wanita bertemu dengan alat kelamin lelaki, maka wajiblah mandi.

Berdasarkan ijmak ulama, hubungan itu hendaklah terlaksana dengan betul, bukan semata-mata menyentuh tanpa melakukan hubungan jenis.

iii. Terhentinya haid dan nifas.
Ketentuan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu dekati mereka hinggalah suci. Maka apabila telah suci, bolehlah kamu datangi mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

Rasulullah pernah bersabda kepada Fatimah bin Abi Hubaish yang bermaksud: Tinggalkan sembahyang selama hari-hari haid, mandilah dan kemudian sembahyang.

iv. Mati.
Orang yang meninggalkan dunia wajib dimandi berdasarkan ijmak.

v. Orang kafir yang baru masuk Islam.

Orang yang berada dalam keadaan junub dilarang mengerjakan sembahyang, fardu atau sunat. Larangan ini berdasarkan firman Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa’: 43. Dilarang juga mereka yang berada dalam keadaan junub mengerjakan tawaf sama ada tawaf fardu, wajib atau sunat.

Selain daripada itu orang yang berjunub dilarang membaca al-Quran. Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abu Talib beliau berkata: Rasulullah pernah membacakan al-Quran di hadapan kami setiap waktu, baik berwuduk terlebih dahulu mahupun tidak, selama beliau tidak dalam keadaan junub - hadis riwayat Tirmizi, Nasaiy dan Ahmad.

Juga dilarang menyentuh al-Quran dan tinggal di dalam masjid. Adalah lalu di dalam masjid bagi orang yang berada dalam keadaan junub tidak dilarang. Larangan di atas berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa’: 43 yang bermaksud: Janganlah pula berdiam di masjid ketika kamu dalam keadaan junub, kecuali jika sekadar lalu sehinggalah kamu mandi terlebih dahulu.

Perempuan haid atau nifas boleh lalu dalam masjid dengan syarat tidak mengotori masjid dengan titisan darah. Larangan lain ialah melakukan sujud tilawah atau sujud syukur.



Saturday, 20-Jun-2009 12:12 Email | Share | | Bookmark

Hukum jilat kemaluan isteri - Oral seks
Thursday, 04 September 2008
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…



Tuesday, 16-Jun-2009 12:03 Email | Share | | Bookmark

8C sebab suami benci isteri
Saturday, 29 July 2006
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....

Dr Fadillah Kamsah




Sunday, 7-Jun-2009 12:05 Email | Share | | Bookmark

Persediaan menghadapi malam pertama
Friday, 11 May 2007
Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

1) Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.

2) Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.


3) Tergesa-gesa - Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.

SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

1) Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.

2) Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.

3) Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.

4) Jangan pura-pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.

BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net